Wednesday 25 May 2016

ALIFF SYUKRI AKUI HIDAP DISLEKSIA, TAK PANDAI INGGERIS



"Tidak ramai yang tahu sisi hidup saya yang tidak tahu berbahasa Inggeris dan disahkan disleksia.

"Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran dan mempunyai masalah untuk membaca dan menulis," ujar pengasas kosmetik D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Untuk makluman, Aliff Syukri berkata demikian sebagai berkongsi pengalaman hidupnya sebelum bergelar seorang jutawan. Ini kerana, beliau pernah mengalami enam kali bankrap dan tidak tahu berbahasa Inggeris ketika zaman susahnya.



Oleh sebab itu, akhirnya Aliff Syukri yang turut terkenal dengan panggilan ‘Abang Terlajak Laris’ muncul dengan sebuah buku autobiografinya sendiri berjudul, 'Bermula Sebuah Kisah'.

Buku setebal 175 muka surat dan itu ditulis sendiri olehnya dan beliau mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan catatan suka-duka kehidupannya itu.

"Bukan mudah untuk saya bertapak dalam dunia perniagaan selepas melalui pengalaman enam kali bankrap serta disamun ketika mempromosikan produk rumah ke rumah.





"Tujuh tahun saya membina empayar perniagaan untuk bergelar jutawan bukan sesuatu yang mudah, pelbagai pengalaman dilalui yang orang ramai tidak tahu.

"Disebabkan itu, saya terfikir untuk menerbitkan buku yang dianggap ‘diari’ ini sebagai tatapan dan sumber inspirasi kepada orang ramai terutama mereka yang bercita-cita mahu bergelar usahawan," tambahnya.



Aliff Syukri berkata demikian ketika majlis sidang media Pelancaran Buku Autobiografi Bermula Sebuah Kisah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), baru- baru ini.

Selain Aliff, pengasas Jamu Mak Dara sebelum ini turut menerbitkan buku kisah hidupnya yang pernah merempat di perhentian bas mini sebelum berjaya.


Sumber: Astrogempak - Foto: Aliff IG



         ________________________







via My Artis

No comments:

Post a Comment