NAGOYA - JEPUN. Jika dipandang sekali imbas, mungkin ramai penggemar hidangan pencuci mulut berpendapat ia adalah kek biasa yang mengandungi gula dan mentega tinggi.
Namun, siapa sangka kek tersebut sebenarnya dihasilkan daripada salad.
Penghasilan kek tersebut dibuat berdasarkan idea kreatif pakar pereka makanan, Misuki Moriyasu yang mahu membuat ‘kek sihat’ di kafe miliknya, Vegedeco.
Kek pelik itu diperbuat daripada pelbagai sayur-sayuran termasuk akar tumbuhan yang dikisar sebelum dicampurkan dalam tepung kacang soya untuk struktur lebih lembut.
Aising kek tersebut pula dihasilkan daripada campuran keju krim dan tauhu.  
Ia rendah karbohidrat dan bebas gluten yang mana sememangnya sesuai untuk  diet sihat.