GUAL SITOK - Harga bahan mentah di Thailand lebih murah berbanding pasar di sini, bukti pembekal dan peniaga di negara ini mengambil kesempatan ketika musim perayaan.
Pengerusi Gerakan Pengguna Kelantan, Ghazali Ismail berkata, harga berkenaan dilihat stabil dan tidak meningkat bermula bulan Ramadan sehingga Syawal.
“Udang di Thailand RM22 sekilogram berbanding RM31.90, manakala ayam RM8.50 sekilogram berbanding RM30 seekor di sini.
“Ini termasuk harga buah-buahan, sotong, ikan bawal dan bahan mentah lain yang dijual sekali ganda lebih rendah dari harga pasaran tempatan.
“Biarpun selepas menanggung perbezaan kadar mata wang, pengguna di sini memilih membeli bahan mentah di Thailand kerana masih berpatutan,” katanya.
Katanya, pihaknya menyokong tindakan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK), Datuk Ab Ghani Harun dan anggota penguat kuasa melakukan tinjauan harga barang di pasar, dekat sini.
"Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 perlu diteruskan bagi melindungi pengguna daripada peniaga yang sengaja menaikkan harga jualan terutama ketika musim perayaan," katanya.
Ghazali berkata, pihaknya akan mengatur langkah alternatif terutama di musim perayaan bagi membantu meringankan beban pengguna selain mengambil tindakan segera terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, pada 7 Julai lalu, KPDNKK mengambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga ayam sehingga mencecah RM30 seekor pada musim perayaan demi meraih keuntungan lebih.
Hasil tinjauan dan risikan dilakukan pegawai penguat kuasa KPDNKK di Pasar Siti Khadijah mendapati enam peniaga dikesan mencatut harga dan diberi notis tunjuk sebab bagi memberi penjelasan kenaikan mendadak harga ayam pada musim perayaan.

No comments:
Post a Comment