PELAKON, pengacara dan pelawak Adlin Aman Ramlie percaya dirinya diperangkap dan telah disalahgunakan sebuah syarikat pelaburan hartanah.
Selebriti berusia 44 tahun itu yang ditahan pada 20 Julai lalu menafikan dia ditahan reman seperti yang didakwa.
“Ia bukan reman. Polis datang ke rumah pada jam 2.30 petang. Mereka minta saya hadir ke Bukit Aman dan kemudiannya membawa saya ke Balai Polis Dang Wangi.
“Selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan, saya akhirnya dibebaskan di bawah jaminan polis,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di Sri Pentas TV3, hari ini.
Adlin turut meluahkan rasa kesalnya apabila ada laporan media menyatakan dia direman selama empat hari.
"Semua berlaku kurang daripada 24 jam, bukan seperti didakwa. Kerana itu, ramai keliru dan membuat pelbagai andaian terhadap saya," katanya.
Adlin yang popular dengan filem Lost and Found juga melahirkan kekecewaan apabila namanya telah disalahguna dan berasa seperti diperangkap selain dieksploitasi seterusnya menjadi mangsa kambing hitam.
“Saya mengaku memang mengenali dengan individu yang disyaki terbabit dalam penipuan hartanah berkenaan.
“Saya dipanggil oleh syarikat tersebut dan gaji saya dibayar berdasarkan tugas sebagai pakar motivasi ataupun sebagai artis jemputan. Itu sahaja, tidak ada kena mengena dengan syarikat mereka pun," katanya yang aktif dalam perniagaan Multi Level (MLM) sejak empat tahun lalu.

No comments:
Post a Comment