SHAH ALAM - Dengan kadar jenayah semakin meningkat terutama di sekitar bandar, orang awam pastinya berasa tidak selamat.
Justeru, sebuah  syarikat dikenali Hot-Assist telah memperkenalkan Hot-Assist Driver Care dan Sistem Pengesanan Kenderaan GPS (SPKG) untuk membantu pemilik kenderaan.
SPKG Tracker yang diperkenalkan Accenteam Sdn Bhd adalah sistem mengesan kedudukan kenderaan pada bila-bila masa sahaja melalui aplikasi telefon pintar.
Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Datuk Jonathan Lim berkata, jika berlaku kesulitan ahli boleh terus menghubungi talian hotline 1800-888-468 (HOT) dalam masa 24 jam.
“Selepas aduan diteliti kami akan membantu ahli berdaftar dan memberikan wang tunai RM500 namun tertakluk kepada kelulusan tuntutan,” katanya selepas Majlis Pelancaran dan Perasmian SPKG di Shah Alam.
Hot-Assist Driver Care menawarkan servis seperti laporan kehilangan kad, penghantaran mesej kecemasan dan bantuan teksi kecemasan, lengkap dengan perkhidmatan perlu dibayar balik seperti pembayaran bil hotel, penggantian tiket perjalanan dan  pendahuluan tunai kecemasan.