Friday 30 September 2016

ISTERI FAHRIN AHMAD SELAMAT BERSALIN 'BABY BOY'



Tahniah diucapkan buat pelakon Fahrin Ahmad dan isterinya, Elena Eleas atas kelahiran bayi sulung mereka sekitar jam 4.15 petang semalam di KPJ Damansara Specialist Hospital.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Fahrin yang menimang cahaya mata lelaki menerusi laman Instagramnya.



"Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Baby boy selamat dilahirkan secara normal, 4.05 minit petang, Khamis, 29 September 2016," luah Fahrin yang ternyata meluahkan rasa syukur dengan perkara berkenaan.

Apa yang pasti, berita gembira tersebut ternyata disambut dengan doa yang baik dan juga sokongan daripada peminat terhadap pasangan tersebut.



Dalam kenyataan Fahrin sebelum ini, dia sememangnya teruja dengan kehadiran insan baru dalam keluarganya itu.

Semoga kehadiran cahaya mata sulung di dalam keluarga Fahrin Ahmad dan isteri akan terus memberikan sinar bahagia selain turut dilimpahkan rezeki.





         ________________________







via My Artis

No comments:

Post a Comment