SHAH ALAM - Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd Yusof, 58, dilantik pengurus besar  baharu PKNS berkuat kuasa 7 Oktober lalu.
Pelantikan Noraida, bagi menggantikan Azlan Md Alifiah.
Beliau turut mencatatkan sejarah apabila menjadi wanita pertama memegang tampuk utama selaku pengurus besar,.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi dari Universiti Malaya pada 1982, Noraida berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pembangunan, pengurusan hartanah dan sumber manusia.
Beliau memperoleh Sarjana Eksekutif Antarabangsa Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Strategik) dari Paris Graduate School of Management dan Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Hartanah) dari Euregio Management School of Stitching Euregio University College, Belgium pada 2014.