Thursday 10 November 2016

Ini cara Erry Putra untuk kekal tahan lama bergelar artis

Erry Putra tidak pernah berkira mengenai bayaran yang bakal diterima ketika melakukan tugas sebagai penyanyi atau pelakon kerana ia merupakan cara untuk dia terus bertahan dalam industri seni tempatan.

Erry atau nama sebenarnya Mohd Razlan Hamzah @Ahmad, 38, berkata, walaupun dia boleh bersikap 'demand' kerana berpengalaman hampir 20 tahun namun dia harus realistik bukan mudah untuk kekal dalam bidang seni.

"Pada saya soal bayaran adalah perkara kedua kerana saya juga harus fikir bagaimana untuk terus bertahan dan mengekalkan jenama saya ketika perlu bersaing dengan artis sedia ada.

"Ini bukan waktunya untuk saya bersikap tamak dan 'demand' hanya kerana perkara itu yang akhirnya akan merugikan diri saya sendiri," katanya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment