KARNATAKA - INDIA. Sebuah majlis perkahwinan paling mewah diadakan di Karnataka yang menelan belanja sebanyak 5b rupee (RM323j) dan diraikan lima  hari berturut-turut.
Majlis perkahwinan anak perempuan kepada ahli perniagaan dan ahli politik India, G Janardhana Renddy bagaimanapun menimbulkan kemarahan berjuta-juta rakyat India yang sedang berdepan krisis aliran tunai.
Memetik BBC News, sari yang dipakai pengantin perempuan bernilai 170j rupee (RM11j) manakala barang kemas bernilai 900j rupee (RM58j).
Pengantin lelaki Rejeev Reddy berusia 23 tahun adalah merupakan keturunan ahli perniagaan dari bandar selatan Hyderabad Tarian samba Brazil turut dipersembahkan di majlis perkahwinan itu.
Kad jemputan bersalut emas serta persembahan dari bintang Bollywood menyerikan perkahwinan yang dihadiri oleh lebih 50,000 tetamu.
Persiapan di Bangalore Palace mengambil masa sebulan dan dekorasi set menyerupai kuil Hindu purba dibina untuk menjalankan upacara perkahwinan.
G Janardhana dipetik sebagai berkata, dia telah membuat semua pembayaran enam bulan lalu sebelum kerajaan menarik balik wang kertas lama dan mengadaikan harta bagi membiayai upacara perkahwinan tersebut.