NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Presiden Amerika Syarikat yang baharu Donald Trump perlu mengucapkan selamat tinggal kepada jet peribadinya Trump Force One.
Memetik laporan CNN menyatakan, Trump yang ketika kempennya menyatakan beliau akan menukar jet peribadinya menjadi pesawat kerajaan untuk kegunaanya hampir pasti mustahil berbuat demikian selepas beliau menjawat jawatan presiden AS kini.
"Pengawai tertinggi AS memberitahu bahawa Trump tidak boleh 'terbang' selain daripada Air Force One (AF1), yang dimiliki oleh tentera AS," lapor CNN.
Sebagai contoh, AF1 dilengkapi pelbagai kemudahan yang canggih, jika berlaku letupan nuklear AF1 mempunyai perlindungan khas yang akan mencegah komponen pesawat daripada dimusnahkan.
Pesawat itu juga mempunyai pakej komunikasi khas yang membolehkan presiden untuk menerima maklumat sulit semasa dalam penerbangan.
Namun berbeza dengan pesawat peribadi Trump yang tidak dilengkapi dengan kemudahan itu.
Jelas pegawai itu, kos yang tinggi diperlukan untuk menaik taraf jet peribadi Trump dan ia akan membawa kepada pembaziran.