TOKYO - JEPUN. Penduduk sekitar pantai bergegas ke kawasan yang lebih tinggi selepas gempa bumi yang menyebabkan satu siri tsunami sederhana di pantai timur laut Jepun hari ini.
Ia turut mencetuskan kebimbangan mengenai loji kuasa nuklear di Fukushima yang musnah oleh tsunami  lima tahun lalu.
Memetik AP, kereta bersesak sejak awal pagi selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami dan menggesa penduduk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi serta merta.
Bagaimanapun amaran itu ditarik balik empat jam kemudian.
Gempa bumi 7.4 skala ritcher melanda wilayah sama yang musnah akibat tsunami pada tahun 2011 dan menyebakan kira-kira 18,000 orang maut.

Penyiar Jepun, NHK berkata, terdapat laporan kecederaan ringgan dan kerosakan.
Gempa bumi itu turut mengegarkan bangunan di Tokyo, 240 kilometer dari barat daya pusat gempa
NHK turut menunjukkan video paras air di sebuah sungai naik namun ketinggian tidak melepasi benteng.
Gelombang tsunami telah direkodkan sepanjang pantai dengan yang tertinggi dicatatkan adalah 1.4 meter (4.6kaki) di Sendai Bay.
Sementara itu, penasihat tsunami, ombak setinggi 1 meter tetap berlaku sepanjang pantai.
Dalam pada itu, pengendali loji nuklear, Dai-ichi Fukushima berkata, tiada keabnormalan direkodkan di kilang, walaupun aras air sehingga 1 meter dikesan di luar persisir.
Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat bagaimanapun merekodkan gempa bumi di Fukushima ialah berukuran 6.9 magnitud.