MEXICO CITY - MEXICO. Seekor ular yang tiba-tiba muncul dan bergayut di siling sebuah pesawat menyebabkan penumpang panik dan pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan.
Menurut laporan USA Today, kejadian berlaku di dalam pesawat penerbangan 231 Aeromexico yang dalam perjalanan dari Torreon ke Mexico City.
Berdasar video yang dirakam penumpang, reptilia berkenaan berukuran kira-kira 5 kaki dan muncul dari siling, sebelum terjatuh ke atas lantai.
Laporan media tempatan mengadakan ular tersebut dari spesis Viper hijau yang beracun.
Kejadian berkenaan memaksa kakitangan pesawat berjumpa dengan juruterbang dan merancang pendaratan kecemasan.
Selepas mendarat, ular berkenaan berjaya ditangkap kakitangan lapangan terbang.
Seorang penumpang, Indalecio Media berkata kejadian tersebut adalah 'pengalaman yang unik'.
"Kami tangkap ular tersebut dan membalutnya di dalam selimut, kemudian kami berikan majalah untuk ia baca," kata Medina.