Tuesday 15 November 2016

Zara Zya semakin cantik! buat pembedahan plastik?

Kalau hendak dibandingkan dahulu dengan sekarang, memang tidak dapat dinafikan lagi yang muka pelakon terkenal Zara Zya ini banyak bezanya.

Dulu boleh dikatakan wajahnya kurang berseri, tapi sekarang pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohad Zainuddin ini mampu berbangga dengan dirinya kerana mampu berdiri sebaris dengan artis jelita yang lain.

Ada buat pembedahan plastik pada wajahkah? Maklumlah, artis dan 'buat' muka bukanlah sesuatu yang asing didengar lagi.

Namun Zara sendiri menafikannnya dan berkata dia lebih selesa jika semua perubahan tersebut berlaku secara lambat dan semula jadi sahaja.

Mengakui yang dirinya seorang yang takutkan jarum, apatah lagi pembedahan plastik, Zara hanya memilih jalan yang lebih selamat untuk mencantikkan dirinya.

"Bezanya rutin kecantikan saya sedikit ketat. Maknanya saya akan pastikan ke spa setiap bulan dan penjagaan wajah itu juga saya titik beratkan kini. Kalau dahulu tidak terlalu sangat tetapi kini memandangkan usia sudah 31 tahun pasti semuanya juga sedikit berbeza. Sebab itu kalau boleh saya tidak mahu terdedah kepada sinaran matahari, bukan apa setelah melaburkan duit yang banyak saya perlu menjaga,” katanya kepada Utusan Online.
Memiliki kulit sawo matang, Zara bangga kerana dilahirkan begitu dan tidak kisah dia tidak secerah orang lain.
“Bukan saya tidak percaya dengan suntikan, tetapi kalau cucuk pada tangan juga sudah sakit apatah lagi di bahagian wajah dan sebagainya. Malah kita tahu kesannya kalau kita leka dalam soal penjagaan diri. Soal warna kulit saya tidak pernah impikan mahu kulit yang jauh lebih cerah." tambahnya lagi.



No comments:

Post a Comment