AHLI kumpulan Little Mix, Leigh-Anne Pinock mengalirkan air mata setelah ditampar seorang pelanggan restoran sewaktu menikmati makan malamnya di London lapor Dailymail.
Seorang saksi memberitahu akhbar tempatan bahawa pelanggan restoran tersebut pada mulanya kelihatan bertengkar dengan rakan penyanyi tersebut yang kemudiannya telah menyerang Leigh-Anne.
“Lelaki (Penyerang) itu berjalan ke mengelilingi meja tersebut kemudian menuju ke arah Leigh-Anne dan menamparnya.
“Dia kelihatan sangat agresif dan seperti sedang mabuk manakala Leigh-Anne pula pada mulanya terkejut dengan serangan itu dan kemudian ketawa sebelum mengalirkan air mata tidak lama kemudian,” kata saksi itu lagi.
Rakan kepada penyanyi berusia 25 tahun itu kemudiannya menelefon polis dan melaporkan insiden itu. Pihak penyanyi itu juga tidak memberikan apa-apa komen mengenai perkara itu.
Jurucakap polis telah mengesahkan laporan itu dibuat pada hujung bulan lalu dan sehingga kini tiada sebarang tangkapan yang dibuat.
Little Mix kini muncul dengan album baru berjudul ‘Glory Days’ dan sudah terjual lebih dari 96 ribu salinan di UK dalam minggu pertama keluarannya.