MUMBAI - INDIA . Isteri pelakon popular Aamir Khan, Kiran Rao mengalami kerugian lebih RM300,000 selepas beberapa barang kemasnya dilaporkan hilang.
Menurut laporan Tribune, barang kemas yang dianggarkan bernilai 5 juta rupee (RM325,735.77) hilang dari kediaman mereka di apartmen Carter Road di Mumbai.
Kiran menyedari barang kemasnya hilang selepas seutas rantai berlian dan sebuah cincinnya gagal dijumpai minggu lepas.
Setakat ini, tiga pekerja domestik di kediaman pasangan berkenaan telah disiasat oleh polis namun gagal menemui bukti penglibatan mereka dalam sebarang aktiviti jenayah.