ELISS, jenama produk kecantikan dan kesihatan tempatan, menyasarkan untuk mencapai jualan RM5 juta bagi produk Leptos pada 2017.
Pengasasnya, Suhaili Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Sally berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan peningkatan permintaan bagi produk Leptos di Malaysia, Brunei dan Singapura sejak akhir-akhir ini.
Menurutnya, Leptos adalah produk makanan tambahan yang mengandungi L-carnitine, limau nipis, garcinia cambogia dan ekstrak guarana.
“Pada peringkat awal penghasilan Leptos, ia berdasarkan pengalaman saya sendiri pernah memiliki berat badan berlebihan dan ingin mendapatkan berat badan lebih ideal.
“Alhamdulillah produk tersebut membantu merealisasikan hasrat itu dalam masa dua bulan pengambilannya di samping pelan pemakanan yang sihat,” katanya.
Sally berkata, setiap pembelian Leptos akan dibekalkan dengan ‘Diari Kurus’ iaitu pelan pemakanan sihat dan juga contoh-contoh senaman ringan turut disertakan untuk diamalkan oleh pengguna.
Tambahnya, bagi mencapai sasaran jualan 2017, dia membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi stokis, pengedar atau ejen produknya dengan tawaran menarik sepanjang bulan ini.
“Bagi yang ingin menjadi ejen, mereka boleh mendaftar dengan hanya bermodalkan RM250 sahaja dan untuk menjadi pengedar, kami berikan tawaran hanya RM1,000 sehingga penghujung tahun ini di mana harga biasa menjadi pengedar ialah RM3,000,” katanya.
Dalam pelan pemasarannya tahun depan, Sally telah mengatur promosi dengan lebih meluas ke seluruh negara termasuk negara jiran seperti Singapura dan Brunei.
 Dalam masa terdekat, Eliss akan menyertai butik vendor terbesar Mood Republik sempena Jualan Murah Akhir Tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 hingga 25 Disember. Pengunjung boleh mendapatkan produk Eliss di gerai 4061.
 “Ini kali pertama kami sertai booth jualan terbuka, dan kami akan pamerkan beberapa produk jenama Eliss dan ada banyak tawaran menarik seperti cabutan bertuah iPhone7 dan juga bekalan Leptos selama setahun kepada pelanggan bertuah.
 “Lebih istimewa, kepada pengunjung yang ingin mendapatkan gincu Eliss secara percuma, mereka hanya perlu membawa keratan akhbar ini ke booth Eliss untuk mendapatkannya. (Selagi stok masih ada),” katanya.
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Leptos dan produk Eliss yang lain, ke Facebook ELISS MALAYSIA atau Instagram @eliss_official.