Friday 9 December 2016

Sebab Alif Satar suruh isteri berhenti bekerja

Alif Satar memberitahu dia telah meminta isterinya Shadila Halid untuk berhenti kerja sebagai pengurus jenama sebuah syarikat telekomunikasi bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.

"Saya seorang lelaki yang konservatif dan kalau boleh balik rumah ada isteri yang menunggu dan makanan sudah terhidang di atas meja.

"Saya minta dia berhenti kerja dan beri perhatian kepada keluarga sahaja, lagi pula tahun depan anak kami sudah masuk dua orang lebih baik dia uruskan anak. Insya-Allah dia akan beri notis berhenti dalam masa terdekat.

"Tidak mengapalah, saya beritahu dia biar saya seorang sahaja yang cari duit untuk keluarga," ujarnya memetik mStar online

No comments:

Post a Comment