PENYANYI tersohor, Datuk Siti Nurhaliza menggondol lima anugerah di malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
Menerusi album Datuk Siti Nurhaliza Unplugged, penyanyi berusia 37 tahun ini menerima anugerah Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Lagu Nasyid Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Anugerah Penyayi Pilihan Malaysia.
Faizal Tahir pula membawa pulang anugerah Lagu Terbaik melalui lagu Sejati yang juga menjadi Lagu Pop Terbaik.
Akim & Majistret pula memenangi anugerah iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Potret.
Buat pertama kalinya, De Fam menenangi anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu #Supergirls manakala Misha Omar dan Hafiz Suip memenangi kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu melalui Terimaku Seadanya.
Artis Baru Terbaik pula diterima oleh naib juara Akademi Fantasia (AF) 2015, Syamel.
Dalam pada itu, Yuna menerima Anugerah Kembara manakala Datuk Sheila Majid dikurniakan Anugerah Sri Wirama di atas kesetiannya selama lebih 30 tahun berjuang dalam industri seni tanah air.
AIM 22 dihoskan oleh Harith Iskander dan Adibah Noor.
Acara pada malam tadi turut diserikan oleh persembahan mantap daripada Sakura Band, Yuna, SonaOne, Ameng, Cakra Khan, Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza dan Akim & Majistret.
Ia disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).
Berikut adalah senarai pemenang penuh anugerah AIM 22:

1. Artis Baharu Terbaik: Syamel

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki): Potret (Akim & The Majistret)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Menatap Dalam Mimpi (Datuk Siti Nurhaliza

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu: #Supergirls (De Fam)

5. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu: Terima Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip)

6. Kulit Album Terbaik: Bahtera (Sekumpulan Orang Gila)

7. Rakaman Album Terbaik: Panic Bird (Froya)

8. Video Muzik Terbaik: Not For Sale (Stacy)

9. Lagu Pop Etnik Terbaik: Joget Sulam Sakti -Reena Nicky

10. Lagu Nasyid Terbaik: Mikraj Cinta (Datuk Siti Nurhaliza)

11. Lagu Rock Terbaik: Mata Hati (Azlan & The Typewriter)

12. Lagu Pop Terbaik: Sejati (Faizal Tahir)

13. Lagu Hip Hop Terbaik: Janji (Altimet Takahara Suiko)

14. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Firefly (Sonaone)

15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Menatap Dalam Mimpi (Datuk Siti Nurhaliza)

16. Album Terbaik: Datuk Siti Nurhaliza Unplugged (Datuk Siti Nurhaliza)

17. Anugerah Kembara: Yuna

18. Anugerah Sri Wirama: Datuk Sheila Majid

19. Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia: Datuk Siti Nurhaliza