WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) menyuruh kerajaan membatalkan pembinaan dua jet peribadi presiden, Air Force One yang berharga AS$4 bilion (RM17.7 bilion).
Donald J. Trump menyuarakan pendapanya tersebut melalui Twitter, semalam.
"Syarikat Boeing sedang membina pesawat 747 Air FOrce One untuk bakal presiden, tetapi kos lebih dari jangkaan, lebih AS$ bilion. Batalkan!" kata Trump.
Ketika ditanya wartawan mengenai tweet tersebut, Trump mengatakan kos untuk pesawat tersebut adalah melampau.
"Dan saya fikir ia mengarut. Saya fikir Boeing patut kira lagi. Kami mahu Boeing dapat keuntungan, tapi bukan keuntungan sedemikian," jelas Trump.
Laporan CNN Money mengatakan Boeing mempunyai kontrak Air Force one bernilai AS$170 juta (RM756 juta).
"Kami tak pasti bagaimana Trump mendapat angka sedemikian," kata jurucakap Boeing.