Wednesday 14 December 2016

Zizan Razak mahu jadi sado, sebab filem ini..

Zizan Razak memberitahu dia kini sedang giat melakukan senaman bagi membina otot badannya sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran filem Polis Evo 2 tahun hadapan.

Zizan kini banyak menghabiskan masa di pusat kecergasan untuk mendapat bentuk tubuh sesuai dengan kehendak watak yang dipegangnya.

"Jujurnya saya bukanlah seorang yang terlalu taksub untuk memiliki badan tegap dan berotot tetapi demi menjayakan watak dalam Polis Evo 2 nanti saya anggap ini sebagai satu tanggungjawab.

"Saya baharu sahaja beberapa minggu memulakan senaman di gimnasium dan jujur saya katakan ia bukannya mudah.

Zizan kini sedang giat membina otot bagi menjayakan filem Polis Evo 2 pada tahun hadapan.

"Badan terasa sakit kerana tidak biasa dengan senaman membina badan tetapi ini adalah sesuatu yang perlu saya lakukan," katanya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment