Sunday 15 January 2017

Apa yang terjadi dengan Wan Sharmila terkini?

Pelakon Wan Sharmila mengakui dia hilang selera makan sejak kehilangan ibunya Raidah Abd. Aziz yang meninggal dunia pada 5 Julai 2015 sehingga memyebabkan berat badannya susut.

Wan Sharmila berkata, walaupun lebih setahun berlalu, namun jiwanya masih berasa kosong kerana sering teringatkan arwah ibunya.

"Berat badan saya susut daripada 46 kilogram menjadi 42 kilogram. Biarpun jumlah itu tidak terlalu banyak tapi setakat ini tiada peningkatan berat badan.

"Sejak ibu saya meninggal saya kurang selera makan dan bersedih terutama bila teringatkan arwah. Dahulu jika saya rasa ingin makan sesuatu pasti arwah akan masakan," ujarnya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment