CHENGDU - CHINA. Nampaknya panda kini juga sudah mempunyai kemahiran untuk berswafoto apabila beberapa keping gambar haiwan tersebut bersama seorang pelancong tersebar di laman sosial Weibo.
Panda yang dipanggil Meng Meng itu dilihat bukan sahaja ‘pose’ untuk kamera tetapi juga turut memegang tangan pelancong wanita tersebut seolah-olah mengajarnya untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik.

Sejak gambar tersebut menjadi tular di laman sosial, ia telah dikongsi puluhan ribu pengguna laman itu yang menyukai aksi comel haiwan tersebut. lapor Boredpanda.
Malahan, Meng Meng juga kelihatan sudah serasi bersama dengan manusia apabila terdapat gambar yang menunjukkan kemesraan pelancong wanita dengan panda tersebut.

Mengambil gambar bersama panda merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan di Dujiangyan Panda Base di bandar Chendu.
Sementara itu, dengan kemasukan pelancong yang ramai ke pusat tersebut menjadikan haiwan-haiwan ini pakar swafoto yang sempurna.