Monday 23 January 2017

Mia Ahmad masih takut pegang tangan suami

Baru beberapa hari bergelar isteri, Mia Ahmad mengakui dia terlupa status halalnya sehingga segan untuk memegang tangan suaminya yang juga pemain bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi.
“Sampai sekarang saya masih tidak percaya sudah berkahwin. Itu yang kadang-kadang saya tersilap membahasakan dia (Izham) adalah bakal suami dengan peminat di Instagram, sedangkan sudah menjadi suami.

“Paling lucu, bila keluar dengan dia di tempat umum saya masih takut-takut untuk pegang tangan dia, bahkan apabila masuk ke dalam rumah berdua juga perasaan takut itu tiba-tiba datang menerpa,” ujarnya sambil ketawa manja.
Mia kini tinggal di Johor.
“Sebelum ini bukan tidak biasa berjauhan dengan keluarga, cuma bila sudah menjadi isteri orang, perasaan rindu terhadap keluarga dan kawan-kawan itu tiba-tiba datang. Lagi-lagi kalau Izham sibuk berlatih sementara saya seorang diri di rumah.

“Ada juga berkawan dengan isteri kawan Izham di Johor, cuma saya tidak mahu sentiasa menganggunya. Jadi, saya cuba sibuk-sibukkan diri mengemas rumah sementara masih bercuti dalam bidang lakonan,” katanya.
Menu masakan Izham
“Sebelum berkahwin, apabila lihat dia ambil lauk penuh satu pinggan di kedai makan, hati saya mula mendesis dia jenis suka makanan yang mewah dengan lauk. Sedangkan saya hanya boleh masak menu-menu mudah. Mujur dia okey dengan hidangan saya selepas berkahwin,” ujarnya memetik portal Kosmo!

No comments:

Post a Comment