Friday 13 January 2017

Nad Zainal tunaikan permintaan suami selepas berkahwin...

Pelakon Nad Zainal mengakui selepas berkahwin dengan Muhamad Faliq, dia disuruh menunaikan permintaan suaminya itu untuk menjaga kecantikan wajahnya.

"Saya membuang sifat malas untuk bersiap dan mengamalkan pengambilan Audela setiap hari. Malah, saya tidak akan memakai solekan tebal sekiranya tidak bekerja. Paling penting ialah penggunaan pelindung matahari untuk menjaga kulit.

"Alhamdulillah kehidupan selepas berkahwin semakin baik dan paling penting saya kini lebih feminin, terutamanya dari segi penampilan dan imej. Saya semakin mudah bangun pagi dengan rutin sebagai isteri dan ibu.

"Anak kami, Fahad, juga mudah dijaga dan tidak memberi masalah. Paling penting, dia boleh tidur dalam keadaan bising, mungkin kerana sejak lahir jiran ubah suai rumah, jadi dia sendiri sudah lali," katanya kepada BH.

No comments:

Post a Comment