YAKUSHIMA - JEPUN. Buat pertama kalinya, para saintis berjaya 'mengahwinkan' dua haiwan daripada spesies yang berbeza, malah haiwan tersebut melakukan hubungan seks tanpa paksaan.
Menerusi laporan Independent merujuk kepada jurnal yang berjudul 'Interspecies sexual behaviour between a male Japanese macaque and female sika deer' merekodkan wujud perlakuan 'interferensi reproduktif' antara dua haiwan berbeza spesies.
Kedua-dua haiwan itu iaitu rusa sika betina Jepun dan monyet jantan jenis Macaque dilihat seolah-olah seperti 'bersepakat' dan saling berhubung mesra ketika mengawan.
Menerusi penelitian itu, penjelasan yang paling mungkin menurut saintis adalah kerana faktor 'kekurangan pasangan' iaitu suatu teori yang merujuk kepada haiwan-haiwan yang tidak memiliki akses kepada haiwan betina yang banyak  berkemungkinan menunjukkan akan perilaku sedemikian.
Buat masa ini, menurut para saintis mereka akan membuat penelitian yang lebih konkrit bagaimana kejadian ini boleh terjadi, sekali gus berharap dapat menjelaskan bagaimana manusia juga memiliki daya tarikan seksual terhadap haiwan.