Monday 23 January 2017

Saya dan Neelofa tak pernah bergaduh - Fattah Amin

Fattah Amin menjelaskan tidak timbul isu dia bergaduh dengan aktres Neelofa selepas dia dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan seorang aktres berdarah campuran baru-baru ini.

Fattah berkata, hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah malah menyifatkan wanita itu sebagai kawan baiknya.

"Saya dan dia (Neelofa) tidak pernah bergaduh, bahkan tidak pernah timbul isu pergaduhan di antara kami.

"Saya dan Neelofa okay, kami memang berkawan baik," ujarnya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment