Wednesday 18 January 2017

Sharnaaz luah perasaan sebelum bernikah, ini tindakan beliau..


Dalam masa dua bulan lebih sahaja lagi, pelakon Sharnaaz Ahmad akan bergelar suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila. Sharnaaz juga mengakui yang dia rasa berdebar menjelang hari pernikahannya.

"Saya akui saya rasa berdebar. Kadangkala saya rasa sukar untuk tidur dan melelapkan mata. Makin lama makin susah. Apa yang saya risaukan pun, saya sendiri kurang pasti. Selalunya, kalau saya tahu apakah punca yang membuatkan saya rasa resah, saya akan selesaikannya secepat mungkin. Tapi kali ini berbeza kerana saya rasa blur tanpa sebab.

Tarikhnya semakin hampir. Saya sedar yang selepas ini tanggungjawab menjadi semakin besar. Selepas berkahwin, saya harus bekerja lebih kuat untuk isteri dan keluarga. Tidak hanya melakukan persiapan perkahwinan, saya juga mendekatkan diri kepada Allah sebagai persediaan untuk bergelar suami. Saya sendiri tidak menyangka saya akan berkahwin. Rasanya baru semalam saya masuk ke dalam industri ini." -Sharnaaz

No comments:

Post a Comment