Tuesday 7 February 2017

Adi Putra bakal bercerai?

Adi Putra yang berkahwin lagi kali ke-2 pada Julai 2016 yang lalu dengan Norshahida Zolkifly kini datang gosip mengatakan mereka bakal bercerai.

Namun bagi Adi, dia menafikan khabar angin berkenaan dan menegaskan dia dengan dua isterinya termasuk Aida (isteri pertama) masih lagi dalam berhubungan sangat baik

"Kalau rumah tangga saya berantakan atau bermasalah, saya takkan berada di sini sekarang.

"Saya juga takkan menerima tawaran berlakon jika ingin melarikan diri kerana saya tahu sudah tentu ada pihak akan bertanya,

"Sebagai artis, orang nampak dan mengambil tahu mengenai diri saya. Isteri saya bukan artis, jadi apabila dakwaan sebegini timbul, kesannya adalah pada diri saya.

"Dalam dunia seni, bukan sesuatu yang mustahil adanya perasaan dengki dan fitnah. Cuma, macam mana kita hendak menghadapinya? Hubungan dengan isteri-isteri saya masih baik dan kami menjalani kehidupan seperti biasa," katanya memetik BharianOnline

No comments:

Post a Comment