ALOR SETAR - Dek kerana rakyat Malaysia yang memang sukakan makanan nasi lemak, maka jangan terkejut apabila telah wujud aiskrim berperisan makanan tersebut di sini lapor The Vocket.
Aiskrim tersebut merupakan salah satu menu di sebuah kedai baru bernama Skream Softserve yang terletak di Caffe Diem, Alor Setar.
Uniknya aiskrim ini kerana ia bukanlah nasi lemak yang diletakkan di dalam bekas aiskrim tetapi aiskrim sebenar yang mempunyai rasa makanan ruji rakyat Malaysia ini.
Jadi kepada para penggemar makanan, mungkin anda boleh cuba masukkan menu ini dalam senarai anda.