Thursday 2 February 2017

Anis al Idrus di label sebagai playgirl bertudung?

Sebelum ini Anis al Idrus ada menjalinkan hubungan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan kemudiannya dengan Raja Afiq, ada orang mengangap yang Anis Al Idrus sebagai 'playgirl bertudung'.

Walaubagaimanapun, Anis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan seperti itu, kerana selepas Raja Afiq, Anis kini masih mencari penganti.

Tidak! Saya bukan perempuan seperti itu. Ramai yang ingat saya asyik bertukar kekasih. Bercinta dengan lelaki ini, lepas itu putus dan terus ada penganti lain. Tetapi itu yang orang nampak dan tak tahu cerita sebenar. Kalau yang betul-betul mengikuti kisah saya, mereka tahu bukan mudah untuk diri ini menerima cinta baru dalam hidup.

Setahu saya, maksud playgirl ialah perempuan yang bercinta dengan ramai lelaki atau bertukar pasangan dalam masa yang singkat.

Di sini, sudah nampak berbeza dengan kisah cinta saya. Kalau diikutkan selepas hubungan dengan bekas kekasih putus, saya mengambil masa hampir setahun untuk menerima orang lain. Jadi, bila masa pula saya bertukar-tukar pasangan? " kata Anis memetik Utusan Online

No comments:

Post a Comment