NORFOLK - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah keluarga sanggup menghabiskan £200 (RM1,115) bagi menyelamatkan ikan emas peliharaan mereka yang mempunyai tumor pada sirip.
Menurut Dr Faye Bethell, ikan emas yang dinamakan sebagai Bob berusia 20 tahun itu berjaya diselamatkan dalam satu pembedahan yang berlangsung selama 30 minit di Pusat Veterina Toll Barn di North Walshan, Norfolk.
Pemilik ikan berkenaan gembira selepas pembedahan menyelamatkan Bob yang dianggap sebagai sebahagian keluarga mereka malah usianya lebih tua daripada anak pemilik berkenaan berjaya.
Bob terus dirujuk kepada Dr Faye yang mempunyai pengalaman berkaitan pembedahan ikan emas selepas pemilik mendapati ketulan pada sirip ikan tersebut menyebabkan ikan berkenaan sukar berenang.
Bon dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama dan pemiliknya berkata, ikan berkenaan sembuh dengan cepat selepas pembedahan tersebut
Dr Faye yang mempunyai sijil khas untuk mengendalikan haiwan eksotik menggunakan peralatan mikro pembedahan untuk menjalankan prosedur rumit di atas meja pembedahan.
"Air dimasukkan ke dalam mulut Bon melalui tiub dan monitor kecil bagi memerika kadar jantung ikan berkenaan serta forsep dan gunting kecil untuk pembedahan.
"Ia agak rumit kerana semuanya begitu kecil," katanya yang juga merupakan pengarah pusat veterina itu.
Tambah Dr Faye lagi, mereka pernah melakukan pembedahan pada ikan emas sebelum ini, namun Bob adalah ikan paling tua yang pernah dibedah.
"Pembedahan mengambil masa setengah jam dan Bob kembali kepada pemiliknya pada hari yang sama,"