Wednesday 1 February 2017

Berita mengejutkan dari Keith Foo

Dengar khabar memetik portal Kosmo!, pelakon Keith Foo yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isteri tercinta, Kim Raymond kini sah hamil tiga bulan. Bukan isterinya sahaja yang mempunyai alahan malah Keith turut merasakan perkara yang sama dan turut mengidam untuk memakan coklat setiap hari.

Secara tiba-tiba, saya mengidam coklat setiap hari. Walhal sebelum ini, saya tidak sukakan makanan manis-manis.

Isteri pula lebih sukakan makanan masam seperti jeruk. Nasib baik berat badan saya tidak bertambah kerana masih bersenam. Namun, ia satu perjalanan dan pengalaman paling indah buat kami berdua.

No comments:

Post a Comment