Tuesday 14 February 2017

Buku pertama Fattah Amin dihentam, ini komen cool beliau..

Pelakon Fattah Amin menganggap kritikan pedas terhadap buku pertamanya berjudul "99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin" sebagai dugaan untuk dirinya.

Fattah berkata, walaupun dihentam teruk namun dia sentiasa berpegang kepada tujuan asalnya menerbitkan buku berkenaan ingin berkongsi tentang impiannya dalam menjadi insan sempurna dan memberi inspirasi kepada generasi baharu.

"Saya anggap ini dugaan untuk saya dan saya sentiasa beringat tentang tujuan asal saya meneribtkan buku ini iaitu ingin berkongsi tips, kata-kata positif serta nasihat.

"Saya berkongsi tentang impian saya dalam menjadi insan sempurna kerana ingin memberi inspirasi kepada semua terutama generasi baharu agar meletakkan impian dan strategi untuk berjaya.

"Paling penting saya ingin terapkan nilai untuk tidak mudah berputus asa selain tidak mudah lupa diri dan beringat dari mana kita bermula serta tidak mendongak membangga diri," katanya kepada mStar Online

No comments:

Post a Comment