Wednesday, 1 February 2017

Cinta baru Neelofa? bukan Fattah Amin....

Muncul gosip terbaru mengatakan Neelofa sebenarnya sedang rapat dengan seorang kerabat diraja. Sudah pasti peminat Neelofa-Fattah tidak senang duduk melihat khabar ini.

Memetik akhbar ruangan Bipop Berita Harian, kerabat diraja itu agak berpengaruh dan ada yang ternampak kereta kerabat berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Neelofa pergi menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya baru-baru ini. Terdapat desas-desus mengatakan kerabat berkenaan menghantar Neelofa ke lapangan terbang.

Walaubagaimanapun, menurut sumber berkenaan, Neelofa dan kerabat berkenaan masih lagi mengenali hati budi masing-masing dan sejauh mana hubungan mereka masih tidak dapat dipastikan.


No comments:

Post a Comment