Monday 13 February 2017

Datuk Red bertaubat tidak sakitkan hati isteri-isterinya lagi..

"Saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mahu buat hal lagi yang menyakitkan hati mereka (Adira dan isteri pertama)."
Demikian dinyatakan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, apabila diminta mengulas tentang persiapan menyambut cahaya mata terbaharunya hasil perkahwinan bersama penyanyi Adira pada Mac depan.

Datuk Red mahu memberi perhatian kepada pembesaran anak-anaknya yang kini sudah memasuki tiga orang hasil perkahwinan bersama isteri pertama yang dikenali sebagai Datin Red.
"Kehidupan saya bahagia sekarang dan saya tidak sabar menunggu kelahiran anak keempat saya."
Sementara itu, Adnan memaklumkan dia sudah mempunyai nama untuk bakal bayi perempuannya iaitu Anggerik.

No comments:

Post a Comment