Tuesday 14 February 2017

Erra Fazira, Shahir AF kahwin senyap?

Dikhabarkan timbul desas desus yang pelakon, Erra Fazira dan Shahir AF8 sudah berkahwin dan majlis mereka diadakan secara tertutup.

Namun, Erra menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan beliau sama sekali tidak akan menyorokkan sebarang berita gembira terutama sekali soal perkahwinan.

"Sepanjang hidup saya belum pernah sekali pun menyorokkan perkara baik, apatah lagi berkaitan dengan urusan perkahwinan. Walaupun kelak saya akan bernikah walaupun takdirnya bakal suami bukan Shahir, apa alasan saya mahu merahsiakannya?

Berkahwin ini perkara baik dan bukan satu kesalahan, jadi mengapa saya mahu menyorokkannya? " katanya memetik Harian Metro

No comments:

Post a Comment