Tuesday 7 February 2017

ISTERI KEDUA - ADI PUTRA NAFI SUDAH BERPISAH



Selepas beberapa cerita panas termasuk episod keguguran yang dirahsiakan oleh Adi Putra dan isteri keduanya, Norshahida, timbul pula dakwaan terbaru mengatakan mereka sudah berpisah.

Enggan berdiam diri, Adi Putra telah tampil menepis dakwaan beliau sudah pun berpisah dengan isteri keduanya. Adi sebaliknya berkata, hubungan dengan kedua-dua isterinya, termasuk Aida Yusof masih baik.

Bintang KL Gangster itu berkata, beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin kononnya sudah berpisah dengan wanita berkenaan sebelum ini berikutan terlalu sibuk dengan kerja seni, selain menguruskan perniagaannya.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

via My Artis

No comments:

Post a Comment