Wednesday 8 February 2017

Neelofa dikait kerabat diraja, ini luahan Fattah Amin..

Fattah Amin menerima dengan baik berita terbaharu iaitu persahabatan antara Neelofa dengan seorang kerabat diraja seperti disahkan aktres wanita itu.

Fattah berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Neelofa selain mahu melihat pelakon wanita itu menemui kebahagian dalam kehidupannya.

"Sebagai kawan dan sahabat, saya mendoakan kebahagiaan dalam apa sahaja keputusan yang dilakukan. Saya juga sentiasa memberi sokongan apa yang baik untuk kehidupan dan masa depan dia,"

"Saya tidak boleh komen kerana ia melibatkan banyak pihak dan saya tidak mahu kenyataan saya akan menimbulkan perkara yang buruk,"
ujarnya kepada mStar Online

No comments:

Post a Comment