Monday 20 February 2017

Neelofa 'warning' terakhir untuk Sharnaaz!

Neelofa menganggap isu teguran kepada Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan kurang enak aktor itu terhadap Fattah Amin sudah selesai.

Justeru dia berharap teguran yang dilakukan itu dapat menyedarkan semua penggiat seni supaya menghormati dan menyokong kerjaya seni artis lain.

"Saya sudah memberi kenyataan berhubung perkara itu dan berharap selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja.

"Cuma ingin saya tekankan, dalam soal ini kita yang berada di dalam industri kalau boleh jangan campur hal orang sebaliknya hormat dan saling menyokong antara satu sama lain,"

"Sebenarnya saya rasa bertanggungjawab untuk menegur dia (Sharnaaz) disebabkan orang yang dimaksudkan itu (Fattah Amin) tidak buat salah dengan dia.,” katanya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment