WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Satu video menunjukkan anak  dan ayah menyanyikan lagu daripada filem Disney menjadi viral di media sosial Facebook.
Duo tersebut, Dave Crosby dan Claire Ryann menyanyi lagi daripada filem Toy Story bertajuk 'You've Got a Friend in Me' membuatkan ramai yang memuji kecomelan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu.
Anak kepada pasangan Dave dan Ashley Crosby  ini turut  mempunyai akaun Youtubenya tersendiri amat meminati para puteri filem Disneys dan juga telah merakamkan semula beberapa  buah lagu daripada filem kegemarannya seperti See the Light (Tangled), Castle on the Cloud (Les Miserable) dan Part of your World (Little Mermaid).
Menurut Dave, Frozen merupakan filem Disney pertama diperkenalkan pada Claire dan sejak itu dia meminati kesemua lagu daripada koleksi filem kanak-kanak itu.
"Bermula dengan Frozen, kami mula perkenalkan Claire dengan filem-filem klasik seperti The Little Mermaid, Mulan, Sleeping Beauty dan lain-lain," katanya dalam satu temu bual bersama Parents.
Bagi si kecil Claire pula, menjadi seorang puteri ataupun seorang penyanyi  bukanlah menjadi keutamaan bagi dirinya.
"Saya ingin menjadi seorang perapi rambut puteri, tetapi saya sangat suka menyanyi. Terima kasih kerana menyukai nyanyian saya," katanya.