Thursday 16 March 2017

Amar cerita detik-detik Amyra Rosli disahkan hamil..

Tahniah kepada pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin apabila disahkan bakal menimang anak. Amyra Rosli disahkan hamil 7 minggu setelah berkahwin dengan Amar pada 11 November tahun lalu.

"Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan.

"Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut,

"Buat masa ini doktor menasihatkan agar Amyra berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat.

"Mungkin selepas ini dia akan berehat sementara daripada bidang lakonan.

"Untuk menjadi pengacara pula, bagi saya tiada masalah kerana kerja itu lebih ringan dan tidak mengambil masa yang panjang" ujarnya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment