PASARAN untuk jam tangan pintar mungkin semakin menyusut.
Bagaimanapun, pelbagai teknologi dimanfaatkan agar orang ramai menggunakannya.
Terbaru, sebuah syarikat memperkenalkan jam tangan pintar kesihatan yang dipanggil Heartisans Watch.
Jam tangan ini mempunyai kemampuan unik, berbanding jenama sedia ada kerana ia berupaya membaca nilai tekanan darah anda.
Heartisan Watch menggabungkan teknologi pengesanan ECG (electrocardiography) dan PPG (photophletysmogram), untuk mendapatkan nilai Pulse Transit Time, sebuah parameter yang membenarkan sesuatu peranti membaca nilai tekanan darah.
Anda boleh memeriksa tahap tekanan darah anda pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, Heartisans Watch ini juga mampu menunjuk data lain seperti jumlah langkah anda sepanjang hari, jumlah jam tidur dan juga kadar degupan jantung anda.
Buat masa ini, jam Heartisan Watch masih dalam proses prototaip, dan dijangka memulakan pra-tempahan pada April nanti.