GEMPAL respek dengan Datuk Awie.  Dia memang dikenali sebagai artis serba boleh. Menyanyi sudah terbukti, berlakon tidak perlu dipertikaikan, pengacaraan juga tidak kurang hebatnya. Jadi tidak hairanlah apabila artis serba boleh ini sering kali mendapat perhatian di dalam semua aktiviti dan hasil karyanya.  
Oleh itu, apabila dimaklumkan Awie melangkah setapak lagi ke bidang pengarahan persembahan pentas dengan menghasilkan Konsert Wings And Superfriends - Belenggu Irama, Gempal antara peminat yang paling teruja.
Konsert Wings And Superfriends - Belenggu Irama yang berkonsepkan perjuangan nasib para insan seni tanah air bakal menggegarkan Istana Budaya setiap malam bermula 6 hingga 9 April 2017.
Gandingan artis-artis hebat dalam satu pentas dengan sorotan adegan rintihan lagu selama dua jam akan menjelajahi jiwa dan rasa penonton terhadap keluhan hati nasib artis yang diperjuangkan.
Tujuan konsert ini diadakan bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma.
Awie Entertainment Sdn Bhd yang menganjurkan konsert ini mengumpulkan persatuan–persatuan di Malaysia untuk membentangkan permasalahan dalam persada seni terutamanya dari segi kebajikan anak –anak seni yang tidak pernah berubah.
Awie, teraju utama Awie Entertainment Sdn Bhd berharap gabungan bersama persatuan seperti Karyawan, Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM dapat memperbaiki taraf anak–anak seni tanah air.
Bagi Awie, nasib para artis Malaysia tidak seharusnya malang seperti yang berlaku selama ini kerana mereka golongan yang amat berpengaruh.
Pengaruh dan nama besar mereka hanya ketika popular dan sekiranya tiada usaha diambil maka ia tidak akan menjanjikan masa depan yang baik dari segi kewangan.
Gabungan terbaik 
Ikon konsert ini ialah pemain drum ternama, Yazid Search.  Semua orang kenal dirinya.  Menganggotai sebuah kumpulan muzik rock ternama tetapi setelah beliau menghidap penyakit buah pinggang, mata pencariannya terhad.
Awie sebagai salah seorang peneroka muzik rock tanah air mengambil inisiatif untuk membantu Yazid dan tidak mahu anak–anak seni di negara ini hidup dalam kesempitan pada zaman kejatuhan.
Artis–artis ternama seperti, Eddie Wings, Black Wings, Datuk M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Datuk Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Kudeen 3 Juara, Uchop Bukan Sekadar Rupa dan Aniq Ceria Pop Star adalah antara artis yang berpadu tenaga menjayakan Konsert Wings And Superfriends - Belenggu Irama.
Para pemuzik yang turut terlibat adalah Edrie Hashim, Kudin Headwind, Yan Lefthanded, Sham Guitarist, Lola, Rodi Kristal, Hamzah Pecussion, Pae, Fly dan Adi.
Harga tiket bemula daripada RM80.00,RM150.00, RM200.00, RM250.00, RM300.00 dan RM350.00 boleh di beli melalui online di Website Redtix, http://ift.tt/1aoEfvg. atau di kaunter pembelian tiket di Istana Budaya mulai 1 Mac 2017 lalu.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Awie Entertainment di talian 019 2932436 (Ejat) atau 019 2975260 (Sam).  Juga boleh lawati Facebook Sayap-Sayap Wings atau www.sayap2wings.com.
Awie Entertainment Sdn Bhd yang disokong padu oleh rakan seperjuangan dalam persada seni amat berharap kejayaan konsert ini akan berpihak kepada semua insan seni tanah air.