Friday 17 March 2017

LAMA MENYEPI - SITI FAIRUZ TAMPIL DENGAN ALBUM MINI, 'RINDU'



Penyanyi era 1980-an iaitu Siti Fairuz yang sudah 28 tahun menyepikan diri tanpa sebarang lagu baharu, kini tampil dengan album mini berjudul 'Rindu' yang memuatkan dua buah lagu.

Menurut Siti Fairuz, 53, dua lagu berjudul 'Mengapa Tak Setia' dan 'Tiada Penghujung Sinar' ciptaan komposer Mat Din dan Hang Mokhtar itu telah dilancarkan pada hujung Disember tahun lalu.

"Sekarang saya sudah kembali aktif menyanyi malah baru sahaja lancarkan mini album. Alhamdulillah orang masih ingat, masih cari saya untuk buat persembahan pentas dan saya juga masih boleh menyanyi," katanya.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

via My Artis

No comments:

Post a Comment