MASIH ingatkah lagi kepada jejaka 'Mat Saleh' yang fasih bertutur loghat Terengganu yang mendapat perhatian sebelum ini?
Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan selamat melangsungkan perkahwinannya dengan gadis melayu tempatan, semalam.
Majlis pernikahan Mat Dan, 28 dan gadis pilihannya dilangsungkan di Bukit Chendering selepas pasangan tersebut bertunang dalam satu majlis ringkas pagi itu lapor sebuah portal tempatan.
Menurut rakan terdekat Mat Dan, majlis pertunangan tersebut diadakan secara tertutup tanpa pihak media atas dasar ingin menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, pertunangan dibuat secara sederhana mengikut amalan tradisi melayu," katanya.
Sementara itu, gambar pernikahan pasangan tersebut dikongsikan oleh kenalan dan tetamu yang hadir ke majlis itu seperti foto akad nikah dan makan beradab.