Wednesday 29 March 2017

Punca meninggal dunia anak angkat ke-2 Azharina (video)


Anak angkat kedua penyanyi Azharina Azhar iaitu Rizqie Azharin Azhar yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit gagal diselamatkan dan meninggal dunia pada Selasa.

Adik Rizqie Azharin yang berusia hampir sebulan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi.



Kanak-kanak itu dimasukkan di hospital berkenaan pada malam Ahad lalu selepas diserang demam panas dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya kritikal.

Azharina berkata, anak angkatnya itu mengalami pendarahan otak dan kerosakan pada kedua-dua buah pinggang.

Jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 14 Puchong dekat sini selepas solat Asar pada Selasa.

Selain Rizkie, Azharina turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia 3 tahun.

No comments:

Post a Comment