Saturday 4 March 2017

"SAMPAI MASA MENGINGATI MATI" - ROSYAM NOR MAHU FOKUS PERBAIKI DIRI



Berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu selepas lima tahun belajar mengaji, penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor menyifatkan apa yang dilakukannya itu adalah hadiah terbaik baginya yang kini sudah berusia 50 tahun pada 1 Mac lalu.

"Alhamdulillah selepas lima tahun saya belajar mengaji bermula dengan membaca Iqra saya berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu.

"Sebelum ini saya pernah khatam sendiri sebanyak dua kali ketika mengerjakan Umrah di Mekah pada bulan Ramadan. Saya anggap khatam buat kali ketiga ini adalah hadiah bermakna bagi diri saya bersempena dengan sambutan hari lahir saya yang ke-50 baru-baru ini," katanya.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

via My Artis

No comments:

Post a Comment