Friday 3 March 2017

Suami dah tak benarkan Hanez Suraya berlakon..

Hanez Suraya difahamkan akur dengan kehendak suaminya, Romie Razin untuk tidak mengizinkannya kembali ke dunia lakonan selepas mendirikan rumahtangga Mac 2015 yang lalu.

Drama Love You Mr Arrogant adalah drama kali terakhir Hanez berlakon, drama berkenaan sudah pun berlalu empat tahun lalu. Hanez juga ada memujuk suaminya itu berubah fikiran tapi dia tetap dengan pendirian itu.

“Tak ada apa yang perlu dikesalkan. Tipulah kalau saya kata tak rindu nak berlakon semula, tapi sebagai isteri, perlu patuh kepada suami. Mungkin ada sebab suami berbuat sedemikian, apatah lagi dalam dunia lakonan macam-macam boleh terjadi.

“Walaupun tak berlakon, tapi dia mengizinkan saya untuk menjalankan perniagaan. Dia membuka peluang itu kepada saya. Alhamdulillah sekarang sudah tiga bulan saya mengusahakan tudung yang dijual secara ‘online’,

“Sejak tak berlakon, masa saya memang banyak dihabiskan bersama keluarga. Kalau dulu saya memang menguruskan sendiri rumah tangga tanpa pembantu rumah.

“Bagaimanapun, sejak anak berumur tujuh bulan, baru saya berani menggunakan khidmat pembantu rumah. Apabila dia sudah besar sedikit, saya pun boleh keluar berjalan, tapi tak pernah lagi tinggalkan anak lebih sehari,” katanya memetik HarianMetro.

No comments:

Post a Comment