Friday, 17 March 2017

TAHNIAH - ANAK KEDUA NONISWARA PEROLEH 9A DALAM SPM



"Alhamdulillah, semestinya sebagai ibu, saya berbangga, sebak dan gembira. Tiada kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kegembiraan ini melihatkan kejayaan seorang anak," kata dramatis Noniswara Baharudin, 48, yang berbangga dengan kejayaan anak kedua.

Anak kedua Nonis, Nur Erysha Emyra Zakaria, 18, telah berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pagi semalam.

Erysha yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki itu mendapat A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi dan Pendidikan Islam.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

via My Artis

No comments:

Post a Comment