Friday 3 March 2017

Ummi Nazeera umum tarikh perkahwinan dengan Mr. i

Ummi Nazeera bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr. I selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun depan.

Bagaimanapun kata aktres berusia 27 tahun itu, dia belum bersedia untuk mengumumkan tarikh sebenar pernikahannya dan akan berbuat demikian apabila difikirkan sesuai.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan melangsungkan perkahwinan dengan Mr. I selepas Hari Raya nanti.

"Cuma tarikh sebenarnya biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu dan akan umumkan apabila tiba masa sesuai," katanya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment